Makanan Tradisional

BURASAK – MAKANAN BUGIS DI HARI RAYA








Bahan-bahan dan Cara-Caranya:
Beras  Ikut Sukatan Sendiri
Kelapa sekurang-kurang2nya 1 biji diparut dan ambil santannya,Garam secukup rasa.
(Beras dimasak macam masak nasi lemak – biar lembik sedikit)


Bahan Pembungukus:
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang biasa (yang tua – hijau gelap).


Cara Membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang muda yang dipotong bentuk segi empat 4, serta daun pisang yang tua  juga dipotong bentuk segi empat. (
Bagi mengelakkan daun pisang tua tahan dan tidak koyak jemur atau layurkan dalam air panas)


Cara Mengikat Burasak:
Susun bungkusan tiga atau empat lapisan bertindih kemudian balut dengan daun pisang tua, hinga selelai semua. Kemudian ambil 2 dijadikan satu dan dibalut lagi dengan daun pisang tua dengan tali rapiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 inci, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua siap dibungkus.

Cara Memasak Burasak:
Rebus burasak selama 3-4 jam. Lagi lama lagi sedap. (Sebaiknya direbus dalam periuk yang besar dengan kayu api yang marak – sekarang guna dapur gas pun boleh).  Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu baru boleh makan.
Hidangkan bersama ayam masak Bugis (Rendang Bugis) atau Bejabuk (Serondeng Ikan) dan yang paling sedap dimakan bersama Ikan Parang Masak Gulai Cara Bugis (Nasu Menti ). Sure sedap punya…

Selamat mencuba.


No comments: