Permainan Tradisional



PERMAINAN  CEPER – PERMAINAN TRADISIONAL




Ceper ialah sejenis permainan yang mengunakan penutup botol minuman sebanyak 5 keping penutup botol (sekarang ini boleh dapat dari penutup botol kicap),  ia merupakan salah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan golongan kanak-kanak.

Permainan ini pada kebiasaanya akan melibatkan dua pemain dan lebih 
Cara pemainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya diperolehi.
Semasa menimbang ceper tersebut, contohnya satu ceper akan mewakili dua markah.

Cara-Cara bermain:
-          Setiap orang akan menimbang ceper  (1 ceper mewakili 2 markah), siapa yang banyak dia akan Jalan dulu. (ceper hendaklah disusun bertindih (menegak) dan diletakkan di atas tangan.
-          Kemudian semua ceper tersebut di campak dan pihak lawan yang akan tentukan ceper yang mana hendak dijentik.
-          Andai kata ceper yang dibaling bertindih dua dipanggil ayam manakala bertindih tiga dipanggil jamban dan ceper yang bertindih empat dipanggil bunga.
-          Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan dikira mengikut markah.


4 comments:

Akram said...

Woi Ayam tu macam mana??

Anonymous said...

macam bodoh je sia

Ulfah Azzuharaa said...
This comment has been removed by the author.
Ulfah Azzuharaa said...

Ayam tu kalau bertindih dua,nak baling sekali lagi atau buang ayam dan satu lagi ceper